Video : Jangan Jadikan KTMB Anak Tiri

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB meminta kerajaan tidak menganak tirikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

 

 

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, sewajarnya kerajaan meletakkan ‘kuasa mutlak’ kepada MOF sahaja dan tidak perlu mempunyai banyak ‘kepala’ dalam MOT, SPAD, Might, PEMANDU dan NKRA.

 

 

“Kerajaan seolah-olahnya hari ini melihat Prasarana, MOT dan SPAD. Bagi suntikan yang banyak (kepada mereka). Kita ini diibaratkan seperti anak tiri. Tak dapat suntikan. Apabila KTMB tidak dapat suntikan, yang menjadi mangsa adalah pekerja.

 

 

“Ini kerana kita tak dapat apa-apa. Nak naik gaji tak dapat, nak pelarasan gaji tak dapat pekerja di potong gaji. Kerja lebih masa dah tak boleh. Malah, panel klinik banyak yang terpaksa di bayar sendiri. Sebab KTMB berhutang dengan panel-panel tersebut,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Tambahnya, beliau meminta agar kerajaan menyalurkan peruntukkan kepada pihaknya dengan membeli set ETS yang baharu bagi menampung set yang tidak mencukupi pihaknya untuk menjalankan operasi.

 

“Mungkin dalam bajet esok boleh memperkatakan tentang pemberian set-set ETS ini, kepada lokomotif baharu, wagon baharu dan penambahbaikan landasan bagi meluaskan lagi perkhidmatan KTMB untuk kepentingan rakyat,”katanya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.