Video : Bimbang Pengaruhi Kes Di AS Kata Speaker

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan tidak membenarkan soalan berkaitan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) atas alasan subjudis dibuat kerana bimbang ia mempengaruhi kes berkaitan di Amerika Syarikat.

 

 

Beliau berkata, perbahasan mengenai isu berkenaan dalam parlimen boleh digunakan walaupun perbicaraan itu dilakukan di luar negara.

“Dalam perbicaraan di Amerika kini, kalau mereka tidak panggil saksi, mereka boleh memetik apa yang disebut dalam parlimen, yang akan memberi pengaruh pada perbicaraan di Amerika.

 

 

“Atas sebab itu saya tidak benar bahas kerana setiap hujah di sini boleh jadi alasan perbicaraan di Amerika walaupun ia di luar negara.

 
“Apa menteri kata di sini boleh dipetik dalam perbicaraan di Amerika. Pada pandangan saya ia akan melencongkan perbicaraan,” kata Pandikar pada sidang media di parlimen hari ini.

 

 

Terdahulu, DOJ membuat saman sivil untuk menyita aset berkaitan 1MDB yang dikaitkan dengan kegiatan pengubahan wang haram.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.