Obama Lepas Geram Terhadap Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melepaskan geram terhadap Donald Trump di White House di hadapan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi dan meminta calon Parti Republikan itu supaya berhenti merungut dan meneruskan kempennya.

 

AFP melaporkan, Obama turut menepis dakwaan Trump bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya Presiden AS 2016 seraya berkata, tiada bukti bahawa perkara itu pernah berlaku pada masa lalu dan tiada bukti ia akan berlaku pada akan datang.

 

 

“Jika setiap kali perkara buruk berlaku pada anda dan anda tewas, adakah anda akan mula menyalahkan orang lain? Jika begitu, anda sememangnya tidak layak untuk jawatan ini (Presiden AS).

 

 

“Saya menasihati Trump supaya berhenti merungut dan berusaha untuk berkempen bagi mendapatkan undi rakyat,” katanya yang menjawab tuduhan Trump mengenai terdapat penipuan pengundi pada skala besar-besaran.

 

 

Trump meningkatkan tuduhan bahawa terdapat konspirasi dalam sistem pilihan raya AS selepas keputusan tinjauan pendapat terbaharu mendapati sokongan kepadanya merosot selepas beliau didakwa melakukan serangan seksual.

 

 

Beliau ketinggalan tujuh mata di belakang Clinton berdasarkan keputusan tinjauan pendapat terkini, manakala kaki judi sudah mula bertaruh bahawa seterunya daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton akan memenangi pilihan raya Presiden AS pada 8 November depan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.