Catatan Peribadi Kepada Nazir Dari Tunku Aziz

 

Tulisan asal oleh :
Tunku Abdul Aziz, Malaysia Outlook, 20 Oktober 2016.
Saya tidak terkejut, Nazir, bahawa komen saya di TV3 telah menyebabkan anda kecewa dan sakit hati.

 

Anda mengatakan saya terlalu bersifat peribadi dalam komen saya.

 

Apa yang boleh saya katakan, dengan penuh rasa hormat, adalah bahawa anda seharusnya menerima kritikan yang dibuat oleh orang lain.

 

Sekarang saya akan benar-benar bersifat peribadi. Saya sebagai pemerhati biasa, seperti beribu-ribu rakyat Malaysia yang lain, berasa keliru dengan tingkah laku anda terhadap abang anda Datuk Seri Najib, darah daging anda sendiri, dalam masa seperti sekarang ini di mana sedikit sokongan daripada keluarga boleh memberi ketenangan rohani yang besar dan pertolongan kepada Najib.

 

 

Sebaliknya, anda telah berkelakuan teruk dan dengan seseorang seperti anda sebagai adik, Najib tidak lagi memerlukan musuh lain.

 

Anda bukanlah orang biasa, dari segi apa pun.

 

Anda datang dari keluarga yang lama dan mulia dan kami memandang tinggi kepada anda untuk menunjukkan kepada kami apa yang dimaksudkan untuk berada di samping keluarga anda di saat mereka memerlukan anda.

 

Saya tidak tahu apa yang anda begitu terdesak sekali untuk buktikan dengan membenarkan diri anda untuk digunakan oleh Mahathir dan promoter Majlis Perundingan Negara atau National Consultative Council (NCC2) yang lain?

 

Anda mungkin seorang yang mulia dari segi anda sebagai juru bank profesional yang terkemuka, tetapi ia tidak mengatakan banyak tentang anda sebagai seorang adik.

 

Saya menganggap ia sebagai satu rahmat bahawa sebahagian daripada kita mempunyai adik-beradik yang lebih kuat pegangan moralnya.

 

Datuk Seri Nazir, saya bercakap dalam keadaan yang lebih kepada kesedihan daripada kemarahan kerana ramai di antara kami yang menghargai nama Razak yang anda bawa, dan memori Allahyarham ayahanda anda, seorang pemimpin negara ini yang luar biasa.

 
Link asal artikel:
http://www.malaysiaoutlook.com/more-in-sorrow-than-anger-a-personal-note-to-nazir-from-tunku-aziz/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.