Jantung Mekanikal Bagaikan Teman Karib

DUNGUN – Seorang remaja terpaksa berdepan dengan dugaan membawa alat bantuan jantung ‘Ventrical Assist Device (VAD)’ ke mana sahaja, bagaikan teman karibnya.

 

 

Mohd Hamirul Mohd Rosdi, 19, bergantung nyawa sepenuhnya kepada jantung mekanikal dan ia bukan suatu perkara mudah, apatah lagi dia tidak mampu bergerak seperti insan lain.

 

 

Ibunya Norhaliza Yusof, 49, berkata anak ketiga daripada tujuh adik beradik tersebut disahkan mengidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu setelah jantungnya membengkak dan kedua-dua injap jantungnya bocor.

 

 

“Sebenarnya, mula-mula Hamirul hanya demam tetapi setelah dibawa ke klinik dia masih tak sembuh dan dia mengadu sakit dada…tiba-tiba dia muntah berdarah dan kami terus bawa ke hospital, bila bawa ke hospital doktor suruh rujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) sebab jantungnya bermasalah.

 

 

Sehingga kini, Mohd Hamirul dari Kampung Pinang Merah, Paka ini masih menunggu penderma jantung sesuai selepas tidak dapat bangun serta berjalan akibat serangan strok sejak tiga bulan lalu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.