Video: TMJ Dikecam Kerana Warnakan Rambut

Kuala Lumpur – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau TMJ sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila penampilan terbarunya dengan rambut berwarna kuning mengundang reaksi berbelah bahagi di media sosial.

 

Penampilan baru TMJ yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tiger itu mendapat reaksi positif sebahagian penyokong Johor Darul Takzim (JDT) di masa yang sama turut dikecam dan dikritik oleh sebahagian netizens lain.

 

 

“Hensemnya sejuk perut bila memandang…. luaskan lagi empayar Johor,” sindir seorang netizen wanita, Farrahalishaa Farah dalam ruangan komen status tersebut.

 

“Tak apa langgar syarak pun boleh, janji bangga jadi anak Johor, dosa tu tetap dosa. itu sahaja,” kata Azam Ishak yang merupakan antara netizen yang memandang positif penampilan baru TMJ dengan rambut berwarna kuning.

 

Kebanyakan komen yang mengecam penampilan baru TMJ rata-ratanya berkisar hukum agama dan kesesuaian TMJ selaku pewaris tahtha Kesultanan Johor yang bakal menjadi ketua agama Islam di negeri tersebut.

 

“Bakal Imam Rakyat Negara Johor. Dari segi appearence mungkin dia dah bersedia nak jawab soalan-soalan Allah dekat padang masyar nanti.. gud luck brother!,” komen Ahmad Bakhtiar secara sinis.

 

“Betullah apa rakan aku selalu cakap, orang hensem, berada, berpangkat buat apa pun semua betul je walaupun salah,” komen Shah Lapu yang mendapat jumlah ‘like’ tertinggi untuk komennya itu.

 

“Ini la kepala agama Islam di johor akan datang,” kata Mustaqim Munir.

 

Sementara itu dalam reaksinya berhubung perkara tersebut, TMJ menegaskan beliau tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang lain.

 

“Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya.

 

“Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya,” kata TMJ dalam status di laman Facebook tersebut. – SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.