Salahuddin Nafi Yusuf al-Qardawi Haramkan Parti Amanah

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang mengatakan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) diharamkan oleh ulama terkenal ‎Profesor Yusuf al-Qardawi adalah tidak benar.

 

Menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusuf Rawa telah bertemu sendiri dengan Yusuf di Doha, Qatar pada 18 Oktober lalu bagi bertanya lanjut perihal tersebut.

 

“Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf al-Qardawi.

 

“Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf al-Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

 

“Saya sebagai mewakili Amanah tegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah  seluruhnya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka terhadap parti tersebut.

 

“(Ia) memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.