Jerebu Kuning Di Palangkaraya, Bacaan IPU Cecah 2,500,

Keadaan jerebu di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia cukup berbeza dengan kawasan-kawasan lain yang turut terjejas di negara berkenaan.

 

Menurut laporan Detiknews, keadaan persekitaran dan kualiti udara di Palangkaraya agak pelik berbanding hari-hari sebelum ini apabila menyebabkan keadaaan sekitar berwarna bertukar kekuning-kuningan.

 

Ia dilihat berpunca daripada asap yang cukup tebal yang menghalang cahaya matahari daripada menembusi kawasan persekitaran.

 

Menurut penduduk tempatan, Herson B Aden, keadaan kualiti udara di kawasan berkenaan sangat teruk sekali.

 

“Udara di luar sangat kotor sekali dan keadaan sekitar kelihatan semuanya berwarnan kuning,” katanya.

 

Dalam pada itu, seorang pekerja sosial, Anwar Hadi 39 berkata, asap yang tebal menyebabkan keadaan di Palangkaraya kelihatan bealun-alun di samping asap kekuning-kuningan.

 

“Ini merupakan hari yang terburuk pernah dialami,” ujar Anwar.

 

Bacaan kualiti udara di kawasan berkenaan meningkat setiap jam yang mana mencecah angka 2,483 sedangkan bacaan pada tahap berbahaya adalah 350.

 

Keadaan tersebut menyebabkan pemerintah di Palangkaraya mengumumkan perintah darurat sehingga 31 Oktober depan. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.