Aziz Harun Dapat Mesej Cinta Daripada Peminat

Penyanyi kelahiran Brunei Darussalam yang kini semakin meraih populariti di Malaysia, Aziz Harun, 17, mengakui sering menerima mesej-mesej berbaur cinta daripada pengikutnya di laman sosial.

 

“Ada yang mahu kenal lebih rapat dengan saya menerusi pesanan peribadi di akaun laman sosial. Bagaimanapun saya tak layan. Hanya balas perkara yang baik-baik sahaja seperti perkembangan muzik.

 

“Buat masa sekarang memang belum ada teman wanita dan tidak mahu fikirkan soal itu lagi. Belum tiba waktunya,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Senyum ini seperti yang dilaporkan Mangga online.

 

Anak didik Faizal Tahir ini juga mendedahkan, sejak dikenali dan mempunyai peminat, dia sering menjadi bahan usikan rakan-rakan di sekolahnya.

 

“Ada juga rasa popular apabila semakin ramai pengikut di laman sosial. Sekarang sudah menjadi satu kerja buat saya untuk sentiasa kemas kini perkembangan terbaru di laman sosial.

 

“Di sekolah rakan-rakan selalu juga mengusik dengan panggilan Mr. Senyum. Ia bukanlah sesuatu yang teruk dan mereka melayan saya sama sahaja seperti dahulu,” katanya yang kini muncul dengan single terbaharu, Beautiful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.