Abang 6 Tahun Tembak Adik

CHICAGO – AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun menembak adiknya, 3 tahun ketika bermain permainan (polis dan perompak), disini, kelmarin.

Menurut laporan Press TV, pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, kejadian berlaku apabila abangnya memanjat ke atas peti sejuk dan mencapai pistol bapa mereka yang diletakkan di situ sebelum menembak adiknya di bahagian muka.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Bapanya, Michael Santiago, 25, yang mengakui pistol tersebut didapati daripada kumpulan samseng ditahan sejurus selepas itu , atas tuduhan memiliki bahan berbahaya sekali gus membahayakan kanak-kanak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.