STING Patahkan Cubaan Seludup Syabu

Sepang – Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman semalam berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 37 kilogram, bernilai RM4 juta di ruang kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang dipercayai didalangi sindiket warga Nigeria.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata rampasan itu adalah susulan penangkapan dua individu warga Nigeria, minggu lalu.

Katanya, bungkusan dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui penerbangan komersial Ethiopia untuk dihantar ke satu alamat.

“Namun, hasil pemeriksaan kita, alamat terbabit adalah palsu dan tidak wujud,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

STING Bukit Aman minggu lalu berjaya menahan dua raja dadah atau ‘king pin’ dadah warga Nigeria yang dikatakan aktif menyeludup dan mengedar syabu di negara ini.

Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Bangsar, pada hari terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.