Rossi Mahu Menang Lagi Di Sepang

Philip Island – Valentino Rossi memiliki sedikit kelebihan ke atas rakan sepasukan Yamaha, Jorge Lorenzo untuk perebutan tempat kedua dalam kejuaraan dunia ketika musim MotoGP menuju ke Grand Prix Malaysia, hujung minggu ini.

Rossi menguatkan peluangnya untuk menjadi naib juara di belakang juara dunia, Marc Marquez untuk tahun ini selepas kejayaan di GP Australia, semalam.

Legenda Itali itu yang berusia 35 tahun – penunggang tertua dalam MotoGP – sudah memenangi enam perlumbaan perdana di Malaysia dan teruja mahu menambah rekod itu minggu ini.

“Saya cintai Sepang. Ini adalah antara gelanggang kegemaran tetapi perlumbaan di sini amat sukar dan juga secara fizikal kerana ia terlalu panas untuk perlumbaan MotoGP,” katanya.

Rossi menang MotoGP Australia yang pertama sejak sembilan tahun selepas Marquez terbabas ketika mendahului selesa menunggang Repsol Honda pada pusingan ke-19 daripada jumlah 27 pusingan itu.

Dia mengatasi Lorenzo dengan lebih 10 saat untuk mendahului rakannya itu dengan lapan mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.