Perbicaraan Kes Kassim Ahmad Ditangguhkan Tahun Depan

Putrajaya – Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menangguhkan kes perbicaraan bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad kepada 14 dan 15 Januari tahun depan.

Hakim Syarie Azzeman Omar memutuskan perkara itu selepas Kassim, 82, tidak dapat hadir ke mahkamah atas faktor kesihatan.

Kes berkenaan sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula hari ini.

Kassim sebelum ini dituduh di mahkamah kerana menghina agama Islam serta mengingkari pihak berkuasa agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.