Melayu Pendatang: Gerakan Gantung Ahli Cetus Kontroversi

Kuala Lumpur – Gerakan hari ini menggantung keahlian seorang anggotanya daripada Johor Tan Lai Soon ekoran kenyataannya yang mengelar Melayu juga “pendatang” di negara ini.

Ketua Pemudanya Tan Keng Lian berkata, Lai Soon juga dikehendaki menyatakan sebab kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan semalam.

Semalam, Tan Lai Soon mengingatkan pemimpin UMNO untuk tidak menggunakan kenyataan ‘pendatang’ kepada bangsa lain dan menyatakan orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Cheah turut menyeru kepada semua pihak agar berhenti untuk mengeluarkan sebarang tuduhan atau kecaman yang hanya akan memburukkan lagi keadaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.