MAIS Sokong Penganjuran ‘I Want To Touch A Dog’

Shah Alam – Satu program kesedaran orang ramai terutama kepada umat Islam yang dianjurkan oleh satu badan NGO dan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Selangor mendapat telah mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Penganjur, Syed Azmi Al-Habshi melalui laman Twitternya memberitahu MAIS turut menyokong penganjuran program kesedaran ini dan turut menghantar seorang Ustaz untuk memberi sedikit panduan dalam pengendalian haiwan dari segi hukum dan cara-cara untuk sertu (samak).

Penganjuran program ‘I Want To Touch a Dog’ yang diadakan di Central Park, Bandar Utama mendapat kecaman hebat terutama daripada umat Islam yang berasa janggal dengan pesta seperti ini.

Pengguna lama Facebook dan Twitter juga mempersoalkan rasional penganjuran pesta tersebut yang membabitkan kehadiran umat Islam dan mempersoalkan di mana penguatkuasaan undang-undang syariah oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang hanya membiarkan pesta ini berlangsung.

Sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.