Kemungkinan Anak-Anak Akan Keliru Dengan Status Haram Menyentuh Anjing – Zahida

Kuala Lumpur – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Puan Zahida Zarik Khan melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku hari ini.

Kempen Jom #PegangAnjing atau ‘I Want To Touch A Dog’ begitu hangat diperkatakan dan melibatkan ramai anak muda terutamanya gadis-gadis Melayu yang beragama Islam.

Zahida menyifatkan hal ini sebagai agenda halus yang sedang dilalukan oleh pihak tertentu untuk mengucar kacirkan agama Islam dan bangsa Melayu.

“Saya percaya ini agenda halus dari pihak tertentu. Mohon pihak berkuasa agama siasat dan ambil tindakan terhadap penganjur” katanya ketika dihubingi SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Zahida yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, dia berasa amat kecewa dengan anak muda yang terlibat kerana mereka seharusnya sedia maklum bahawa anjing merupakan najis muhalazah atau dalam bahasa mudah, binatang yang haram buat umat Islam.

“Saya kecewa apabila lihat ramai gadis muda Muslim terlibat dalam kempen tersebut. Seharusnya mereka tahu anjing adalah haram disentuh atau apakah mungkin mereka keliru atau dikelirukan, saya harap kita rujuklah pada para ilmuan agama yang bertauliah.” tambahnya lagi.

Beliau berkata, dengan pendedahan sebegini, kerisauan terhadap anggapan kanak-kanak juga harus dititikberatkan kerana mereka golongan yang masih dalam proses mengenal dan memeahami apa yang berlaku disekeliling.

“Kemungkinan anak-anak kecil kita diluar sana akan menjadi keliru, jika sebelum ini kita selalu pesan pada mereka yang anjing itu haram bagi umat Islam tetapi bila isu ini berlaku ianya mendatangkan kekeliruan pada mereka” ujarnya kesal.

Hari ini negara digemparkan dengan isu sekumpulan umat Islam terlibat dengan penganjuran kempen memegang anjing ‘I Want To Touch A Dog’ di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya semalam(ahad).

Walau bagaimanapun, pihak MAIS melalui Mufti Selangor menafikan mereka terlibat meluluskan penganjuran kempen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.