Baim Wong Buat Pengakuan Bercinta Dengan Elfira Loy

Petaling Jaya – Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV MeleTOP pasangan Baim Wong dan Elfira Loy tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen.

Selain aksi Baim sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang bercinta dengan Elfira.

Ketika itu Baim hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie lakonan beliau bersama Elfira berjudul ‘Untuk Terakhir Kali’.

Nampaknya setelah lebih setahun berlalu, ada khabar yang mengatakan pasangan ini memang sedang hangat bercinta.

Media Indonesia hari ini melaporkan yang Baim Wong & Elfira Loy hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama.

Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu.

“Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang,” ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.

Malah Elfira mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Elfira yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo.

Ternyata Elfira mahupun Baim bijak menyorokkan hubungan mereka selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.