ADUN PKR Tarik Balik Rayuan

Putrajaya – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Md Shuhaimi Shafiei menarik balik rayuannya terhadap pertuduhan menghasut di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Peguamnya Joshua Tay memberitahu, keputusan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Ma’arrop pagi ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan Shuhami untuk mengetepikan kes itu.

Shuhami pada 15 September lalu memfailkan saman pemula untuk mencabar kesahan Akta Hasutan daripada aspek perlembagaan, dalam usaha kedua mencabar pendakwaan terhadapnya.

Tay memberitahu pemberi di luar mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Januari untuk mendengar permohonan Suhaimi mencabar akta itu.

Shuhaimi didakwa bawah Akta Hasutan pada 2011 ekoran tulisan di blog berhubung pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.