Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

PELAWAK terkenal tanah air, Harith Iskander Musa enggan memberi komen berhubung status berbaur sindiran pada ciapan (tweet) ditulisnya semalam berkaitan kempen Utamakan Produk Muslim atau ‘Buy Muslims First’ (BMF).

Bagaimanapun, status ciapan berkenaan akhirnya mengundang kecaman serta perasaan geram warganet kepada Harith.

Harith, 53, yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hanya memberitahu tiada komen bagi pihaknya.

“Kalau nak cakap mengenai ‘tweet’ saya tu, my official comment is no comment (komen rasmi daripada saya adalah tiada komen).

“Ramai dah contact (hubungi) saya. Thanks anyway (Apapun, terima kasih),” tulisnya berserta emoji ketawa.

Pada status ciapan ditulisnya, Harith seakan mempersoalkan Why stop at ‘Buy Muslims Products Only’. How about ‘Support Muslim Athletes Only’. Stop watching badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG – in fact stop watching All sports.

Ciapan yang ditulis pada jam 3.31 petang itu, bagaimanapun mendapat 161 kicau semula (retweet) dan 430 tanda suka (like) daripada pelayar Twitter.

Kebanyakan warganet yang menulis komen pula menyifatkan tindakan Harith kurang bijak dan ia bukan perkara kelakar.

Harith sudah menceburi karier seni lebih dua dekad dan cukup dikenali dalam bidang komedi sebagai pelawak solo.

Sepanjang pembabitannya, Harith juga pernah muncul juara pertandingan Funniest Person In The World pada Disember 2016 dan memenangi Anugerah Komedian Terbaik di Asia 2014 oleh Top 10 Majalah Asia.

Lain-lain berita;

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

CASSA Seru Lim Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Kempen Utamakan Produk Muslim

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

Video: “Suami Larang Saya Bertudung” – Dr Siti Hasmah

Boikot Produk Bukan Islam Tindakan Orang Cetek Fikiran – Dr Mahathir

Lagi Kerap DAP Bantah, Lebih Ramai Sertai Kempen Utama Produk Muslim – Najib

One thought on “Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

  • September 23, 2019 at 1:29 am
    Permalink

    DLM hidup ekou pun DH tk ikut APA YG harus diikut DLM ISLAM… MCM mana NK support products ISLAM..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.