Pensyarah USM Dakwa Wang Kertas Malaysia Mungkin Mengandungi Lemak Babi

BANGI – Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi lemak babi.

Menurut Prof Dr. Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, maklumat itu diperoleh daripada pemain industri itu sendiri yang mendakwa ada menggunakan lemak babi dalam proses menghasilkan wang kertas negara.

“Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.

“Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi,” katanya kepada MalasyiaGazette hari ini.

Zhari berkata demikian setelah menjadi ahli panel dalam program Diskusi Isu-isu Syariah ‘Vaksin menurut Islam’ di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Katanya perkara itu turut tersebar menerusi media sosial, baru-baru ini.

Zhari yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata, pihaknya telah memanjangkan perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, BNM kini sedang dalam kajian mengenai dakwaan itu.

“Oleh kerana itu kita mendapatkan reaksi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekarang mereka kata sedang dikaji,” katanya.

Terkini! Anwar Perlu Pasrah, Azmin dan Mukhriz Juga Layak Jadi PM – Khairuddin

Justeru itu, beliau menasihatkan agar sampel wang kertas Malaysia dihantar untuk proses kajian di makmal kerana perkara sama pernah dibuat kertas dolar Amerika Syarikat.

Malah hasil kajian itu turut memeranjatkan kerana terdapat DNA babi dan kuman e-coli di dalam wang kertas berkenaan.

“Kes terdapatnya DNA babi dalam wang kertas kita, kalau kita sampelkan dan hantar kepada makmal.

“Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia namun di Amerika Syarikat pun mereka telah kumpul wang kertas mereka daripada orang ramai dihantar ke makmal universiti untuk melihat apa yang ada pada wang kertas mereka,” katanya lagi.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklum balas BNM mengenai dakwaan ini. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita;

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

PPBM Nasihat Kumpulan Pro Anwar Tutup Mulut, Jangan Kebudak-budakan

Suruh Anwar Muhasabah, Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin – Azmin Ali

Khazanah Rugi RM60 Juta, Jual Pusat Perubatan Prince Court Bawah Harga Belian

Mathis Sarawanan Persoal Tindakan RSN Rayer Bela Suspek Jual MyKad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.