Harga Petrol RON97 Naik 14 Sen, Diesel dan RON95 Kekal

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON97 naik sebanyak 14 sen seliter kepada RM2.67 seliter berbanding RM2.53 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini berkata kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak dunia ekoran serangan terhadap loji minyak di Arab Saudi pada 14 September lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden tersebut telah menjejaskan pengeluaran dan pengeksportan minyak negara serta memberi impak pada harga minyak dunia.

Harga bahan api Diesel dan RON95 bagaimanapun masing-masing kekal pada harga RM2.18 seliter dan RM2.08 seliter. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.