Anwar Perlu Pasrah, Azmin dan Mukhriz Juga Layak Jadi PM – Khairuddin

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak terlalu yakin untuk menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri .

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, nama-nama lain seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilihat boleh menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas ini.

“Sesungguhnya saya amat tidak memahami gelagat dan kenyataan Anwar mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

“Hari ini cakap lain dan esok berbeza pula bunyinya. Apa yang Anwar ibrahim cuba buktikan dalam isu pengganti Perdana Menteri?

“Kalau Anwar mahu sangat hendak menjadi Perdana Menteri kelapan, cakap saja terus terang. Janganlah berdolak dalik lagi. Ini depan dan belakang berkata lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Anwar dalam satu temubual bersama Bloomberg sebelum ini berkata akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Anwar Jangka Ambil Alih Jawatan PM Daripada Dr Mahathir Tahun Depan

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

Dalam pada itu kata, Khairuddin, Anwar sebelum ini berkata tidak mahu mendesak atau menetapkan tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mahu memberi ruang yang selesa bagi menyelesaikan semua permasalahan negara masa kini.

“Tetapi sekarang Anwar meramalkan kemungkinannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar bulan Mei 2020 pula. Rakyat harus menolak pemimpin yang penuh dengan sifat hipokrasi begini.

“Hakikatnya, Anwar harus sabar dan perlu percaya kepada ketetapan Tuhan yang akhirnya bakal menentukan siapa boleh menjadi Perdana Menteri selepas era kepimpinan Dr Mahathir,” ujarnya.

Kata Khairuddin, Anwar juga harus pasrah dengan ketentuan Tuhan dan tidak kecewa seandainya jawatan Perdana Menteri tidak memihak kepadanya buat kali kedua.

Anwar sebelum ini turut menafikan dakwaan wujud konspirasi untuk mengangkat Azmin atau Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang seterusnya. – Awani

Lain-lain berita;

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

PPBM Nasihat Kumpulan Pro Anwar Tutup Mulut, Jangan Kebudak-budakan

Suruh Anwar Muhasabah, Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin – Azmin Ali

Khazanah Rugi RM60 Juta, Jual Pusat Perubatan Prince Court Bawah Harga Belian

Mathis Sarawanan Persoal Tindakan RSN Rayer Bela Suspek Jual MyKad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.