Zainudin Maidin ‘Cari’ Orang Yang Selalu Pertahankan Najib

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri, Zainudin Maidin mempersoalkan kehilangan dan ‘mencari’ individu-individu yang begitu kuat mempertahankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika masih lagi memerintah Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zainudin telah melayangkan status di laman sosial Twitternya dengan memerli mencari kelibat Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tun Faisal Ismail Aziz dan bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Perlian tersebut bersabit isu wang ikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang ditetapkan oleh hakim siang tadi bagi membebaskan Najib sementara sebutan kes semula 32 pertuduhan membabitkan dana wang perniagaan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Katanya, tabung ‘Percuma Najib’ harus dilancarkan agar wang ikat jamin tersebut dapat dikumpulkan dengan kadar segera selain sebahagian wang tersebut diambil dari kementerian dan JASA.

”S.O.S… mana Lokman Adom. Tun Faizal..?? cepat tabung #PercumaNajib kena lancarkan.. ASAP..!! RM3.5 Jota,” tulis Zainudin dalam status tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.