Tun M perlu nafi dakwaan PH dan IRI sepakat jatuhkan BN

KUALA LUMPUR – UMNO menggesa Oerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran DAP Lim Kit Siang tampil menafikan secara terbuka pendedahan yang dibuat seorang anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), Daniel Twinning bahawa wujud campurtangan pihak asing dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu. 

Kata Ketua Penerangan parti itu Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata jika benar maka ia merupakan satu tindakan tidak bermaruah.

“UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining itu adalah bohong.

“Dr Mahathir juga perlu menjelaskan bahawa ‘crocodile tears’ ketika mengumumkan mahu meletak jawatan pada Perhimpunan Agung Umno 2003, sebenarnya adalah sandiwara kerana niat memusnahkan parti sudah wujud sejak kerjasamanya dengan CSIS,” katanya menerusi kenyataan media. 

 Tambahnya pendedahan ini juga membuktikan gerakan memfitnah BN adalah hasil campur tangan kuasa asing. 

“Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apa-apa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia ‘mudah dibeli’ atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.

 “Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan-rakan ‘demokratiknya’.

 “Ini juga mengesahkan dakwaan ejen-ejen media sosial mereka selama ini digerakkan dengan mewah menggunakan dana negara asing yang mahu melihat BN dan UMNO disingkir dari tampuk pemerintahan,” tambahnya.

Annuar turut mendesak agar dana yang diterima Panatan Harapan daripada pihak asing diumum. 

 “Kita ingin tahu berapa jumlah dana asing yang diterimanya secara rahsia sejak 2002. Mungkin melebihi RM2.6 bilion yang dijadikan peluru untuk meracun fikiran rakyat mengenai 1MDB?

“Selama ini juga, Dr Mahathir menuduh BN ingin menjual negara kepada China, walhal ketika menjadi pembangkang, mereka sudah pun menggadai maruah Malaysia kepada orang asing.

“Maka, tidak hairanlah Dr Mahathir dikunjungi beberapa orang duta Barat, termasuk tokoh dari Amerika Syarikat, selepas mengangkat sumpah jawatan Mei lalu,” katanya lagi. 

Justeru Anuar  menggesa agar Majlis Raja-raja mengambil pendirian terhadap tindakan yang disifatkannya melanggar kedaulatan negara ini. 

“Dengan ini, kami menggesa Majlis Raja-Raja agar mengambil pendirian di dalam perkara ini secepat mungkin, dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria! Dan lebih utama membenarkan campurtangan asing terhadap negara ini,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu  wujud dakwaan menerusi laporan mengenai, Presiden Institut Repblubikan Antarabangsa (IRI), Daniel Twinning dalam forum anjuran Center for Strategic & International Studies memberitahu, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baharu di Putrajaya sejak mula lagi termasuk membantu AS dalam menangkis perang perdagangan dengan China.-SuaraTv

One thought on “Tun M perlu nafi dakwaan PH dan IRI sepakat jatuhkan BN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.