Tidak Adil Tuduh Tanpa Bukti

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini mengerahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), khususnya dari UMNO.

“Saya ditanya apakah benar beberapa kenyataan dalam blog bahawa PM (Perdana Menteri) kerah SPRM siasat bekas Menteri dan Timbalan Menteri BN untuk memberi tekanan supaya pemimpin UMNO menyertai PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Saya berasakan tidak adil jika membuat tuduhan tanpa bukti.

“Disebabkan saya tiada bukti, sukar untuk menyatakan ya atau tidak (mengenai dakwaan Dr Mahathir arahkan SPRM siasat bekas Menteri dan Timbalan Menteri daripada UMNO),” katanya dalam Facebook (FB) beliau.

Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, SPRM hanya menjalankan tugas menyiasat dan semua pihak harus menghormatinya.

“Lebih baik siasatan dilakukan daripada berlakunya trial by media (perbicaraan menerusi media) atau fitnah di laman sosial,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri mempunyai tugas dan amanah berat sebagai pemerintah.

“Biarlah tugas itu dijalankan sebaik mungkin. Kita yang ditakdirkan sebagai pembangkang masih boleh memainkan peranan yang berkesan tanpa perlu membuat tuduhan liar, fitnah atau tidak sopan.

“Apa lagi Perdana Menteri adalah seorang yang tidak asing, tapi roh dan semangat perjuangan sealiran dengan kita hanya berada di bahtera yang berbeza.

“Agak aneh dan luar biasa, tapi itu realiti politik. Apakan daya tiada yang kekal, Islam mengajar janganlah kita berlaku tidak adil semata-mata kerana perasaan benci kepada seseorang. Allah SWT suka kepada orang yang melakukan kebaikan,” katanya. – BERITA HARIAN

4 thoughts on “Tidak Adil Tuduh Tanpa Bukti

  • Pingback:Tidak Adil Tuduh Tanpa Bukti | Malaysia Updates News Portal

  • September 20, 2018 at 1:56 pm
    Permalink

    kau pun sama balaci tk berani tegur halang korupsi… pondan! umno rosak musnah khianat perompak pencuri..
    nyah dari bumi umno perompak! angkut bos menteri2 korupsi kuncu2 mesti ada salahlaku mcm najib.rosmah. 60tahun rompak duit ..kejam rakus penipu penyamun..! tak layak dikasihani!!!!! sumbat seumur hidup…biar rasa mana rakyat susah!!!!!! penyamun perompak khianat!!!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 2:00 pm
    Permalink

    tangkap kroni2 kuncu2 yg korupsi duit kuasa! ramai lagi tu!!!!! hapuskan rasuah korupsi kuasa bekas2 umno yg khianat ..mkn tu yg habiskan duit tiada audit!!!!! bolih ke begitu..!!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 5:38 pm
    Permalink

    Umno mcm tu juga. Masalah sebenarnya pada mereka yg mengemudi umno.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.