“Tak Perlu Jadi Gunting Dalam Lipatan” – Azmin Tuju Kepada Rafizi?

SUNGAI PETANI – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta ahli parti itu tidak terpengaruh dengan dakwaan liar yang mengatakan beliau tidak setia kepada parti.

“Jangan ragu kesetiaan saya kepada parti dengan membuat tohmahan bermacam-macam terhadap saya.

“Kononnya saya tidak sanggup kosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan macam-macam lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Semangat Merdeka “Malaysia Baru” di sini, malam tadi.

Dakwaan itu muncul ketika PKR akan mengadakan proses pemilihan parti yang akan bermula pada 22 September hingga 21 Oktober ini.

Dalam pemilihan itu, Azmin akan mempertahankan jawatan timbalan presiden, dan beliau akan dicabar oleh ‘seterunya’, Rafizi Ramli. 

Dalam pada itu Azmin berkata, PKR perlu menjadi parti yang kuat dan pihak tertentu tidak perlu menjadi ‘gunting dalam lipatan’ untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut pihak yang dimaksudkannya itu. 

Tambah Azmin, beliau sudah lebih 30 tahun berada dalam parti ketika susah dan senang, justeru beliau tidak sama  mengkhianati parti.

Sebelum ini Rafizi secara terbuka mendedahkan bahawa Azmin pernah pergi berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta supaya pemimpin itu tidak bertanding jawatan Presiden.

“Anwar baru habis pembedahan, dia boleh pergi berjumpa dan berkata, kamu (Anwar) tak payah jadi presiden parti biar saya jadi presiden parti.

“Sekarang biar saya yang tanya Azmin, kamu pergi jumpa Anwar sendiri minta jadi presiden jadi salahkah kawan-kawan yang lain tanya kenapa kamu tidak boleh sokong daripada awal lagi Anwar sebagai presiden,” kata Rafizi dalam ceramah Reformasi 2.0 di Bandar Baharu Tunjong di Kota Bharu, awal bulan lalu. 

Menurut Rafizi, pendedahan tersebut dilakukan untuk menunjukkan ‘belang’ Azmin, selepas rakan-rakannya diherdik kerana mempersoalkan kesetiaan bekas MB Selangor itu terhadap Anwar. -SuaraTv 

One thought on ““Tak Perlu Jadi Gunting Dalam Lipatan” – Azmin Tuju Kepada Rafizi?

  • September 20, 2018 at 5:42 pm
    Permalink

    Nak tanya drpd berita di atas tu..
    “Tambah Azmin, beliau sudah lebih 30 tahun berada dalam parti ketika susah dan senang, justeru beliau tidak sama mengkhianati parti.”
    Ni.. dalam parti mana?
    PKR ke UMNO?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.