PRK PD Ditetapkan Pada 13 Oktober, Penamaan Calon 29 September

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson adalah pada 13 Oktober ini.

Tarikh bagi penamaan calon pula ditetapkan pada 29 September, dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 9 Oktober.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata parti politik mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bermula tarikh penamaan calon.

PRK PD diadakan selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke parlimen, sekaligus menjadi Perdana Menteri ke-8.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ) yang lalu, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.