Pertuduhan Terhadap Najib Karut, Kata Shafee

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guamnya sebagai sesuatu yang karut. 

“Bagi saya, semua pertuduhan yang dikenakan tidak akan menepati sasaran. Semuanya karut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding.

Najib hari ini menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi menetapkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta berhubung 25 pertuduhan yang dihadapi Najib.

Hakim Azura juga mengarahkan wang ikat jamin itu mesti dibayar secara penuh pada 28 September. 

Mengulas mengenai jumlah wang ikat jamin itu, Shafee bagaimanapun melahirkan rasa lega kerana Hakim tidak mengikut cadangan yang disuarakan pihak pendakwaan.

“RM 3.5 juta terlalu tinggi tapi beliau (Hakim) langsung tak ambil saranan pendakwa yang mengenakan macam-macam syarat. Itu memihak kepada kita,” katanya lagi.

Terdahulu, Shafee mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 diberikan dengan dua penjamin. 

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah jumlah itu dengan mengatakan pertuduhan terhadap Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 merupakan kesalahan serius membabitkan jumlah RM2.28 bilion.

Tarikh 16 November ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes. -SuaraTv

5 thoughts on “Pertuduhan Terhadap Najib Karut, Kata Shafee

  • September 20, 2018 at 8:51 pm
    Permalink

    karut kepala otak kau? bodoh mcm unta..
    2×5 dia pun

    Reply
    • September 20, 2018 at 10:50 pm
      Permalink

      Eh ko tido sbantal dgn najib ke dulu.. Ko ni barua madey yang terlalu obses nak najib masuk pnjarakan..Kalau Allah tak izin ko buat mcm mana pun tak jadi la.. Jangan amik kerja Tuhan la..

      Reply
  • September 20, 2018 at 10:51 pm
    Permalink

    Eh ko tido sbantal dgn najib ke dulu.. Ko ni barua madey yang terlalu obses nak najib masuk pnjarakan..Kalau Allah tak izin ko buat mcm mana pun tak jadi la.. Jangan amik kerja Tuhan la..

    Reply
  • September 23, 2018 at 12:35 pm
    Permalink

    dah la kau ambil duit haram 5juta..karut nyah otak kau? bangang biul lebih dari unta!!! elok kau pun duk penjara da tahu najib korup bela buat apa? bodoh lebih dari kayu! kau sama subahat moga2 allah swt laknat korang yg rasuah korup berkat hilang dari diri korang semua keanak cucu… tamak penipu perompak penyamun penyangak complete set…allah swt maha berkuasa kau tk bolih lawan punya..

    Reply
  • September 23, 2018 at 12:39 pm
    Permalink

    sama penyamun penyangak eloklah nak penjara je bgs…salah tetap dakwa hukum apa pun .. tak bolih tutup punya 1 dunia sudah tahu…! langit tinggi…kau lupa… kau tidak kuat kau tidak bolih menang hanya allah swt yg maha berkuasa tunggulah nasib dn hukuman berat menanti perompak rasuah penyamun

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.