Penyokong Najib Berhimpun Di Bangunan SPRM

PUTRAJAYA: Lebih 30 penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak berhimpun di luar bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sejak 8 malam tadi (semalam), sebagai tanda solidariti dan membantah penahanan bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan SPRM yang dilihat seolah-olah diperalat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya juga mengecam kenyataan SPRM yang menyatakan bahawa penahanan Najib itu dilakukan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Namun, apa yang menghairankan kami, kenyataan Peguam Negara dalam sebuah portal berita menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan berhubung kes terbabit kerana kertas siasatan masih belum diterima.

“Perkara itu jelas menunjukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull bertindak atas arahan Dr Mahathir,” katanya ketika berucap pada pada perhimpunan itu.

Najib ditahan SPRM kira-kira jam 4.13 petang tadi berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Beliau akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Dalam pada itu, Lokman berkata, penyalahgunaan SPRM ini juga boleh dilihat daripada tindakan SPRM membekukan akaun dan menyoal siasat ramai individu termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Saya juga melihat penahanan Najib itu dilakukan selepas bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan pelbagai bukti bahawa dana tersebut datangnya dari Kerajaan Saudi dan anak Raja Abdullah,” katanya.

Lokman juga memaklumkan, satu perhimpunan Solidariti4NajibRazak akan diadakan jam 2.30 petang esok di Mahkamah Jalan Duta.

Turut kelihatan hadir pada perhimpunan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM termasuk Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil selain penyanyi veteran, Sahara Yaacob. – BERITA HARIAN

2 thoughts on “Penyokong Najib Berhimpun Di Bangunan SPRM

  • September 20, 2018 at 2:03 pm
    Permalink

    kalau kasihan ikut lah masuk penjara balaci2 bodoh unta… apa susah minta duk penjara tkyah kepuh2… duk seumur bolih ..apa hal!!!! bodoh mcm unta!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 2:11 pm
    Permalink

    korang yg sokong swt najib tu unta bangang! duk sekali dlm penjara baik! kepuh2 buat apa duk slm sekali! kalau kasihan najib! salah tetap salah hukuman menanti amatlah berat! curi rompak khianat kau tk nampak ke bodoh!!!! buta ke mata korang!!! duk diam lah bawang2 semua!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.