Pendakwaraya tak mahu Najib main ‘Facebook’

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwa raya mendakwa beka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sering membuat kenyataan di media sosial hingga mencetuskan kekacauandan kekeliruan.

Memetik portal The Malaysian Insight, atas alasan itu ketua pasukan pendakwaan yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan,Datuk Seri Gopal Sri Ram pada awalnya memohon agar Najib tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

“Jika permohonan kami (tidak diberikan ikat jamin) ditolak, maka kami mohon ikat jamin RM5 juta untuk semua 25 pertuduhan untuk menunjukkan betapa serius kes itu.

“Ini kes di mana tertuduh sebelum ini memegang kepercayaan rakyat Malaysia, dan pertuduhan itu sangat serius,”katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah Sri Ram  terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh Najib berhubung kesnya dan ia bertujuan untuk mempengaruhi pendapat umum.

Peguam bela Najib, Shafee kemudian berhujah bahawa Najib berhak untuk mendapat hak kebebasan bersuara.

Najib hari ini menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudian menetapkan ikat jamin terhadap Najib dibenarkan sebanyak RM3.5 juta dan ia mesti dibayar secara penuh pada 28 September. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.