Netizen Minta Maaf, Zahir Simpati Pada Najib

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Razak, yang kini berdepan dengan pendakwaan bersabit penyaluran RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), berterusan menerima komen positif netizen yang bersimpati dengan nasib beliau. 

Malah, ada juga netizen yang menzahirkan ucapan maaf kerana pernah melontarkan komen-komen negatif terhadap beliau dan keluarga.

 

Terdahulu, Najib dalam satu status di laman sosial Facebook beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan beliau.

“Setiap manusia Allah berikan kelebihan dan kekurangan, setiap hari kehidupan ada nikmat dan ujian. Terima kasih kepada semua yang doakan untuk saya . Hanya Allah sahaja mampu membalas , hanya Allah sahaja tahu apa yang saya rasai dan lalui. Saya yakin kebenaran akan terserlah,” tulis Najib.

Majoriti netizen memberikan kata-kata semangat agar mantan Perdana Menteri itu terus berdiri teguh untuk mempertahankan diri. 

“DSN kena beranikan diri cakap yg semua tuduhan tu x betul dan palsu xpayah nak drama2 mcm yg kerajaan buat skrg ni,” kata Alan Syah.

“Cuba siasat semua menteri2 d malaysia ni…siapa paling banyak harta..tak kan DSNR je….siasat habis2san…kami doakan DSNR bebas dari segala pertuduhan yang kejam…semoga Allah beri pertunjuk kepada org2 yang suka menabur fitnah….,” kata Amir A’ab pula. 

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas khidmat yang dicurahkan beliau selama bergelar Perdana Menteri.

“DSN terima kasih atas semua projek unk rakyat, bantuan unk rakyat,,,,,,,,,, terima kasih sbb rancang ecrl, hsr unk rakyat,,,,, walaupun madey dah batalkan,,,,,, mungkin madey nak kroni dia yg pegang atau madey nak swastakan,,,, only time will tell,,,,,, madey tidak fokos pd rakyat dan majukan negara,,,,,, dia fokos pd anak anak dan kroni dia saja,” ujar Halimah Karim. 

Najib hari ini menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi menetapkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta.

Tarikh 16 November ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes. -SuaraTv

One thought on “Netizen Minta Maaf, Zahir Simpati Pada Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.