Najib nafi minta sumbangan orang ramai

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan 25 pertuduhan hari ini nafi meminta sumbangan orang ramai bagi membantunya membayar ikat jamin sebanyak RM3.5 juta.

Beliau berkata demikian mengulas tindakna seorang pengguna Facebook bernama Mohammad Ridzwan baru-baru ini untuk meminta sumbangan yang menjadi tular di media sosial.

“Namun, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak pernah meminta mana-mana pihak meraih sumbangan seperti tular di media sosial,” katanya yang dalam masa yang sama memaklumkan telah dibenarkan pulang kediamannya.

Menurut Najib beliau akan memaklumkan sendiri menerusi akaun rasminya di Facebook jika ingin meminta sumbangan daripada orang ramai.

Tambahnya, peguam dan ahli keluarganya akan menyelesaikan perihal pembayaran ikat jamin pada Jumaat.

“Saya kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jamin akan diuruskan mulai esok dengan baki dari tabung derma bulan Julai sebelum ini dan pertolongan sementara dari ahli keluarga serta kawan-kawan saya,” tambahnya.

Setelah menghadapi 25 pertuduhan, Najib dibenarkan pulang hari ini oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpurdengan ikat jaminsebanyak RM3.5 juta.

Hakim, Azura Alwi juga mengarahkan wang ikat jamin itu mesti dibayar secara penuh pada 28 September.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.