Najib Akan Hadapi 21 Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahkan menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ, di sini, hari ini setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata Najib akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu akan menghadapi sebanyak 21 pertuduhan membabitkan AS$681 juta (RM2.8 bilion).

“Sembilan dan lima pertuduhan masing-masing membabitkan penerimaan wang haram dan penggunaan wang haram.

“Tujuh pertuduhan lagi membabitkan pemindahan wang haram ke entiti lain.

“Tangkapan dan pertuduhan ini dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Najib dibawa ke ibu pejabat AMLA bagi dirakam percakapannya berhubung siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Kehadiran bekas Perdana Menteri ke ibu pejabat itu bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang bekerjasama dengan pasukan penyiasat SPRM berhubung siasatan kes sama. – BERITA HARIAN

One thought on “Najib Akan Hadapi 21 Pertuduhan

  • September 20, 2018 at 5:28 pm
    Permalink

    senyum sorok takut cemas…padah tipu rompak curi khianat pd janji ikrar kau tu masuk tong sampah! bodoh bangang penyamun!! terima balasan perompak!!! berapa lama berapa banyak tak nak mengaku??? kuasa allah swt kau bolih lawan ke? berkubur lah umno musnah hancur rosak pasal kau rosmah? ya allah apa yg dia rompak dulu dapat balasan hukuman.. rakyat mahu lihat perompak ni disumbat msk penjara selama2nya… penipu penyamun pengkhianat perompak duit rakyat!!!! tak bolih lari punya… rosmah pun sekali masuk penjara… seumur hidup…. langit tu tinggi najib oi…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.