Fathia Latiff minta hutang dengan bekas teman lelaki?

KUALA LUMPUR – Artis yang sebelum ini mencetuskan kontreversi akibat video Bigo sambil berkemban Fathia Latiff nampaknya tidak kering idea untuk terus mensensasikan dirinya.

Umum maklum bahawa pelakon itu pernah menjalin cinta dengan Aiman Hakim Ridza pernah menjalin cinta beberapa tahun yang lalu dan kemudian pada 2015 mengumumkan cinta mereka telah terlerai. 

Hari ini, Fathia menerusi akaun Instagramnya memuatnaik gambar Aiman dengan kapsyen meminta kembali duitnya.

 “Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila minta duit block call. Kalau handsome takpe la jugak. Dayus detected. #rempitmodeon 

Beberapa minit kemudian Fathia malangnya memadam postingnya itu namun sempat membuat tangkapan skrin (screenshot) oleh Sharifah Sakinah rakan rapat Aiman. 

Sharifah membela Aiman dan menyelar Fathia kerana mengaibkan bekas teman lelakinya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.