Video : Didakwa Miliki ‘Anu’ Kecil, Lelaki Bunuh Pasangan

Didakwa memiliki ‘Anu’ kecil, seorang lelaki sanggup membunuh pasangannya.

Menurut Tribunnews, lelaki tersebut menjadi berang dan berasa sakit hati apabila menerima hinaan beraksi lemah di ranjang oleh teman wanitanya.

Menerusi video yang dikongsikan, suspek mengenakan pakaian seragam tahanan PMJ berwarna oren, dan kaki kanannya dibalut pembalut akibat ditembak anggota polis.

Jonny merupakan suspek dalam pembunuhan pasangannya, Vera Yusita (42).

Jonny yang menundukkan kepalanya menceritakan sebab mengapa dia membunuh Vera.

Menurut Jonny, kerana kebenciannya, telah membuatkan dia nekad untuk membunuh Vera yang dengan sengaja menyakiti hatinya dengan mendakwa dia lemah beraksi di ranjang.

Pada masa itu, jam 9 malam, Jonny bersama Vera melakukan hubungan kelamin di rumah sewa, Kota Tangerang.

Selepas selesai, Jonny mahu mengajaknya membuat sekali lagi hubungan kelamin, walau bagaimanapun, pada masa itu Vera menolaknya dan menyifatkan hubungan kelamin dengan Jonny tidak hebat.

“Kamu mahu lagi, kamu punya tidak kuat berbeza dengan teman saya sebelum ini,” kata Jonny mengulangi perkataan Vera sebelum itu.

Kemudian mereka bertengkar. Vera membalas dengan memukul Jonny.

“Saya terus ke dapur ambil pisau, terus saya tusuk ke leher kiri dua kali,” kata Jonny.

Dia segera mengikat kedua tangannya dan menurih mulut Vera.

Kemudian, Jonny mandi membersihkan diri.

“Saya segera melarikan diri ke rumah sepupu di Kotabumi Tangerang, menaiki motosikal Vera, tetapi basikal saya tinggal di hadapan balai Polis Tangerang,” katanya.

Kemudian, dia meminta sepupunya wang, kad ATM, dan telefon bimbit dan mula melarikan diri ke asrama sekolah di Tenjo, Tangerang.

Sementara itu, Kombes Nico Afinta berkata suspek berjaya ditahan di asrama sekolah.

“Suspek kami ditahan dibawah Pasal 338 KUHP Pembunuhan, dengan hukuman maksimum 15 tahun penjara atau hukuman mati,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.