Taufan Maria Tiba Di Dominica, Angin Selaju 257 kmj

ROSEAU, Dominica – Taufan Maria menambah kekuatan kepada ribut Ka­tegori Lima ketika ia membadai pulau-pulau di timur Laut Carribean yang belum pulih daripada Taufan Irma.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata, ribut kekuatan maksimum selaju 257 kilometer sejam (kmj) itu membadai Pulau Dominica sekitar pukul 9.15 pagi (waktu Malaysia).

“Peningkatan paras air laut, ombak pemusnah, banjir kilat dan banjir lumpur mengancam gugusan Pulau Leeward yang terdiri daripada Pulau Martinique, Puerto Rico, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (AS) dan Kepulauan Virgin British,” kata NHC, lapor Kosmo.

Di Dominica, Perdana Menteri negara itu, Roosevelt Skerrit berkata, bumbung rumahnya terbang ditiup angin dan kediamannya pula digenangi air banjir.

“Sungguh teruk,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook sambil menambah, beliau berjaya diselamatkan.

Lapangan terbang dan pelabuhan di Dominica pula ditutup, manakala syarikat air tempatan menutup sistem injap untuk mengelak daripada dima­suki serpihan yang dibawa Taufan Maria.

Sementara itu, Britain, Perancis dan Belanda me­ningkatkan sumber dan persediaan di wilayah ma­­sing-masing di Laut Caribbean bagi menghadapi Taufan Maria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.