Tangkap Pengetua, Haramkan Sekolah Tahfiz, Kata Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR – Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah yang terbakar mengorbankan 23 orang pelajar dan tenaga pengajar minggu lalu perlu ditangkap, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Pengetua Pusat Tahifiz yang terbakar patut ditangkap kerana tak patuh arahan (peraturan keselamatan) DBKL dan BOMBA,” kata beliau menerusi akaun twitter pada 14 September lalu.

Menerusi kenyataan lain sejam sebelumnya, Zainuddin turut membidas Pengetua sekolah tahfiz itu iaitu Muhammad Zahid Mahmod yang menyifatkan pelajar dan guru yang maut dalam kebakaran itu sebagai mati syahid.

“Mudahnya Pengetua Tahfiz Darul Quran Muhammad Zahid fatwakan Syahid kematian terbakar 22 pelajarnya.

“Nanti difatwa pula dirinya tak berdosa,” katanya sinis.

Terdahulu, Zainuddin yang giat menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mempolitikkan kebakaran tersebut dengan lawatan kerja Perdana Menteri  ke Amerika Syarikat (AS).

“25 pelajar tahfiz Keramat Hujung Datuk Keramat mati terbakar pagi ini. Berita ini tenggelamkan berita kejayaan Najib jumpa President Trump,” katanya.

Menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan kaitan lawatan Najib ke AS dengan kebakaran tersebut, Zainuddin mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kelalaian kerajaan.

“Mana boleh tak ada hubungan. Tragedi besar di negaranya kerana kelalaian pemerintahannya,” kata Zainuddin.

Berita Berkaitan;-
PAS Bidas Amaran Tutup dan Cadangan Haramkan Sekolah Tahfiz
 

Sementara itu hasil siasatan pihak polis dan bomba mengesahkan kebakaran sekolah tahfiz itu kerana tindakan khianat sekumpulan remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz sekolah berkenaan.

Tujuh suspek yang disyaki terlibat dalam insiden itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Zainuddin yang juga merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik Kementerian Pendidikan yang didakwa tidak memandang serius cadangannya supaya diharamkan sekolah tahfiz.

“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya,” ujarnya.

April lalu, Zainuddin turut mengajukan cadangan serupa apabila menggesa sekolah tahfiz digantung atau ditutup susulan kematian seorang pelajar yang disyaki didera di sebuah sekolah tahfiz di Johor. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-
Cadangan Zainuddin Maidin Minta Tutup Semua Tahfiz Swasta Jumud, Beremosi

Zainuddin Maidin Diminta Berhenti Tulis Seperti Orang `Tidak Waras’

2 thoughts on “Tangkap Pengetua, Haramkan Sekolah Tahfiz, Kata Zainuddin Maidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.