Sejak Kecil Kanak-Kanak Ini Dipinggirkan Dan Dibuli Keluarga, Setelah 30 Tahun Nasibnya Kini Berubah

Kanak-kanak ini tidak bernasib baik sejak dia dilahirkan. Dia dibuli dan tidak dianggap seperti anak kandung oleh orang tuanya. Kanak-Kanak malang ini bernama Jono Lancaster dan berasal dari England.

Masalah buli memang perbuatan yang sangat teruk. Ramai kanak-kanak tertekan kerana dibuli. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak- anak bagi mengelak mereka menjadi mangsa buli.

Tetapi berbeza dengan ibu bapa Jono yang langsung tidak pernah meluangkan masa bersamanya sejak dilahirkan. Sebabnya adalah kerana apabila Jono dilahirkan dia tidak seperti kanak-kanak lain.

Jono menderita sindrom Treacher Collins. Sindrom ini jarang berlaku dimana ia menyebabkan tulang muka berkembang dengan tidak simetri atau tidak normal.

Keadaan Jono yang pelik itu dilihat sangat aneh oleh kedua ibu bapa. Kedua-dua ibu bapanya tidak menganggap Jono seperti anak sendiri kerana penampilannya.

“Apabila saya dilahirkan, ibu bapa saya sangat terkejut” kata Jono. Di samping itu, Jono sering dibuli kerana rupanya berbeza dari orang biasa.

Walau bagaimanapun,Jono bertuah ada wanita yang mahu mengambil Jono sebagai anak angkat. Jean adalah ibu angkat Jono.

Dia sentiasa memberi semangat kepada Jono dan sentiasa ada untuknya. Jean tidak peduli dengan penampilan Jono, kerana sindrom ini tidak mengurangkan kecerdasan otaknya. Akhirnya Jono tidak patah semangat.

Related image

Image result for Bocah ini bernama Jono Lancaster.

Image result for Bocah ini bernama Jono Lancaster.

Kini Jono berusia 30 tahun dan berusaha menyebarkan semangat itu kepada kanak-kanak yang kelihatan berbeza seperti orang lain.

Dia memberi inspirasi dan membuktikan bahawa seseorang itu boleh menjadi inspirasi pada orang lain walaupun kelihatan pelik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.