RM1.4 Juta Kosmetik Beracun

MELAKA – Sebanyak 562 produk kesihatan dan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang bernilai RM1.4 juta telah dirampas oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri ini dalam tempoh lapan bulan sejak Januari lalu, lapor Kosmo.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman berkata, rampasan itu melibatkan 221 produk kesihatan seperti perangsang seks, pelangsingan badan dan penahan sakit bernilai RM1.25 juta yang didapati tidak berdaftar termasuk dicemari racun.

Turut dirampas ialah 122 produk kosmetik yang tidak mempunyai permakluman Kementerian Kesihatan Malaysia selain dicemari racun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri serta 219 produk atas kesalahan lain yang kesemuanya bernilai lebih RM187,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.