Pesta Muzik Lelaki Songsang Bakal Diadakan Di Kuala Lumpur Hujung Bulan Ini

Festival muzik lelaki songsang terbesar di dunia, White Party (WP) telah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada tahun lepas. Ia merupakan pesta muzik g*y yang terbesar pernah diadakan di luar Amerika Utara.

Dan pada tahun ini, mengejutkan apabila pesta g*y White Party itu akan diadakan di di Rooftop GTower, Kuala Lumpur pada 30 September ini. Ia dikenali sebagai ‘White Party BKK Warm Up’.

Berdasarkan kepada maklumat pada poster, pesta g*y itu dianjurkan oleh DivineBliss Malaysia dengan komuniti biseksual dan transgender (LGBT) dan g*y dari seluruh negara dijemput menghadirinya.

Bagaimanapun acara itu terhad kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja.

Pesta G*y ini dikatakan dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Ternyata penganjuran berkenaan seolah-olah cuba menguji rakyat Malaysia dan sama sekali tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat Islam. Melihat kepada posternya pun sudah tahu, bagaimana acara itu akan berlangsung.

Sebelum ini, sebuah filem asing yang memaparkan hubungan cinta sejenis yang sepatutnya ditayangkan di Pusat Seni Persembahan Pulau Pinang (PenangPAC) telah dibatalkan selepas mendapat bantahan.

Begitu juga dengan kempen kesedaran isu-isu lesbian, g*y dan LGBT iaitu “Courage in the Face of Adversity”, yang dijadualkan di di Universiti Taylor yang dijadualkan pada 6-8 Jun, juga dibatalkan.

Maka kali ini, eloklah pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera bagi menghalang pesta g*y ini yang bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai Islam malah menjurus kepada kerosakan akhlak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.