Peminat Puji Zahirah Macwilson Makin Cantik

Kecantikan dan penampilan pelakon drama Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson telah menjadi tumpuan peminat drama.

Tambahan pula, pelakon yang menjayakan watak Ainee drama tersebut turut menerima maklum balas positif yang menyukai watak dibawanya dalam drama itu.
 
Malah menerusi instagramnya, setiap gambar yang dikongsi Zahirah menerima komen-komen positif yang memuji dan menyukai gayanya, petik Gempak.
 

“Awak memang cantik, suka tengok senyuman dan gelagat you. Semoga bertambah cantik, popular dan sukses dalam semua perkara yang you lakukan. Amin,” tulis @maria_dealova07.
 
@bonda_anna87 menulis, “Suka tengok @zahirahmacwilson cantik, putih, tinggi manis… So pretty, semoga sihat hendaknya”.
 

“Tak perlu pun nak make up tebal-tebal sebab memang dah cantik,”tulis @auninursyuhada.
 
Selain Zahirah, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Kamal Adli dan Rania.
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.