Pakai Seluar Koyak, Nabila Pertahan Neelofa

Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila mempertahankan adiknya selepas pengacara Meletop itu dikecam gara-gara memakai seluar jeans koyak yang didakwa menampakkan kulitnya.

Neelofa berkongsi gambar tersebut di akaun media sosial Instagram miliknya, semalam.

Entri tersebut telah mendapat kecaman daripada peminat serta netizen yang berpendapat ia tidak sopan untuk dipakai oleh wanita bertudung seperti Neelofa.

Biarpun segelintirnya menyifatkan Neelofa memakai legging bewarna kulit namun kebanyakannya mengecam tindakan tersebut.

Kakak Neelofa, Noor Nabila turut tampil meninggalkan komen kepada netizen yang mengecam imej adiknya.

Noor Nabila mempersoalkan netizen yang mengecam tanpa soal periksa.

Neelofa bagaimanapun telah menutup komen bagi entri tersebut.

Difahamkan Neelofa kini sedang bercuti bersama keluarganya di Itali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.