Lelaki Ini Bakar Dirinya Dalam Bank

Video yang dimuat naik oleh Dizruptor di laman Liveleak.com, pada hari Selasa lalu mengejutkan ramai. Ini kerana ia menunjukkan seorang lelaki nekad membakar dirinya di sebuah bank di Australia.

Dilihat dari rakaman video itu, seorang lelaki sedang membawa balang yang mengandungi bahan mudah terbakar masuk ke dalam bank tersebut. Kemudian, lelaki itu menumpahkan cecair mudah terbakar itu ke lantai di dalam bank.

Ia menyebabkan beberapa orang di bank tersebut panik dan berlari keluar. Lelaki itu terus menyalakan api dan membakar cecair tersebut.

Tubuhnya kemudian terbakar dan salah seorang pelanggan bank, turut terkena tempiasnya di mana api itu terkena pada bahagian kakinya.

Motif kejadian tidak diketahui.  Keterangan dalam video ini mengatakan bahawa lelaki itu adalah pelarian dari Myanmar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.