Lebih 100 Dilaporkan Maut, Gempa Mexico

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 138 dilaporkan maut selepas gempa bumi 7.1 magnitud melanda tengah Mexico pada Selasa, menyebabkan bangunan runtuh di tengah-tengah kawasan berpenduduk padat.

Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera berkata 44 bangunan di bandar itu musnah teruk, selain kebocoran gas dan kebakaran dilaporkan.

Pasukan mencari dan menyelamat Mexico kini meneruskan operasi mengesan mangsa gempa bumi di negara itu.

Kejadian berlaku pada ulangtahun ke-32 tragedi gempa yang meragut ribuan nyawa di bandar itu pada 1985.

Negeri Morelos yang terletak di selatan Mexico City mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 64 mangsa.

Menurut Pusat Pemantau Gempa Amerika Syarikat, USGS, gempa tertumpu di Puebla.

Gempa berlaku kurang dua minggu selepas bencana sama menggegarkan selatan Mexico yang meragut 90 nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.