Alyah Dikecam Pakaian Ala Rahib

Penyanyi Datin Alyah menegaskan dia tidak sesekali berniat untuk mencetuskan kontroversi dengan memakai baju menyerupai rahib.

Jelas Alyah, skaf yang digayakan secara santai untuk memudahkan pergerakannya sempena sebuah acara di ibu kota minggu lalu tidak semena-mena menjadi isu besar hingga melibatkan agama.

“Saya sukar untuk menyanyi apabila bahagian hadapan leher saya terhalang, jadi saya memutuskan untuk mengikat skaf itu ke belakang leher seperti gaya mak cik jual pisang goreng.

“Tetapi tidak sangka pula orang melihat saya menggayakan skaf itu seperti rahib.

“Tambah pula warna pakaian yang saya pilih untuk acara itu pula cuma hitam dan putih. Padahal asalnya saya mahu imej ala-ala formal,” jelas Alyah, lapor Gempak.

Selepas acara itu, Alyah mengakui dia menerima pelbagai kritikan dan komen negatif daripada netizen yang menyelar tindakannya memakai pakaian sedemikian.

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu bagaimanapun telah menjelaskan perkara terbabit di Instagram namun menutup ruang komen bagi mengelakkan isu tersebut berlarutan.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.