Viral Di Media Sosial ‘Selamatkan Masjid Chiba’ Di Jepun

KUALA LUMPUR – Viral di aplikasi WhatsApp apabila seorang bernama Ustazah Wan Habsah Ahmad menjadi perantara bagi kutipan derma untuk menyelamatkan Masjid Chiba di Jepun.

 

WhatsApp yang memohon pertolongan umat Islam di seluruh negara bagi menyelamatkan bangunan masjid Chiba itu menyebutkan bangunan yang menempatkan pekerja Islam dari pelbagai negara di Chiba itu kini terpaksa dikosongkan atau memperuntuk sejumlah wang yang perlu dibayar bagi sewaan bangunan tersebut sebanyak RM2 Juta.

 

Ustazah yang mendakwa merupakan Chef Selebriti dalam TV 1 dan TV Al- Hijrah tersebut turut mendakwa sekiranya umat Islam sangat prihatin supaya menyumbangkan sejumlah wang bagi menderma supaya dapat membantu bagi menyelamatkan Masjid Chiba tersebut.

 

“Demi sayangkan agama kita untuk melihat syiar Islam tersebar di bumi Jepun. Umat Islam pelajar dan pekerja Islam (dari pelbagai negara) Chiba sekarang menyewa di satu tingkat sebuah bangunan di Chiba untuk solat setiap bulan sebanyak RM4,000 (Hasil kutipan bersama)

 

“Namun kini, pihak tuan bangunan minta mengosongkan bangunan atau bayar kepada mereka 2 juta. Setakat ni sudah RM1.5 juta telah berjaya dikumpul oleh pelajar dan umat Islam di sana. Kita nak RM500,000 sahaja lagi. Tak sampai 10 hari lagi tempoh yang diberi. Moga Allah luaskan rezeki sahabat-sahabat saya dunia akhirat untuk membantu agama Allah. Tak payah risau Misi ini dari adik saya sendiri Wan Abdul Aziz yang tinggal di Jepun selama 18 tahun,”tulisnya.

 

Wanita yang mendakwa dirinya merupakan Ustazah itu juga turut memberikan no akaun, 153010197400 Maybank
WAN HABSAH BINTI WAN AHMAD dan akan menyalurkan wang tersebut kepada Pengerusi CICC.

 

“Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan saya 0139802465. 17 September malam sahaja. (Sebab siang ada kursus penuh. Hari lain siang boleh).

 

“Minta sokongan sahabat-sahabat yang dermawan untuk pakat-pakat sebar. Moga Islam terus subur berkembang di bumi ini. Tak derma tak apa..Minta SHARE SHARE kepada sahabat-sahabat,”akhirinya.

 

Bagaimanapun pihak SuaraTV masih mendapatkan pengesahan pihak polis mengenai kesahihan perkara tersebut.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.