Video: Jangan Adakan Perhimpunan Sesuka Hati ‘Mak Bapak’ Mereka – Jamal Yunos

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos mendakwa penganjur Bersih 5 tidak menghiraukan orang lain dan menyifatkan tindakan mereka sebagai tindakan sesuka hati ‘mak bapak’ mereka.

 

Menurut beliau, tindakan penganjur bersih iaitu Maria Chin yang di labelkan sebagai ‘binatang sarkas’ itu hanya akan mengancam keselamatan dan sistem demokrasi berpelembagaan negara.

 

“Jangan nak adakan perhimpunan sesuka hati mak bapak mereka seolah-olah negara kita ini tidak ada undang-undang.

 

“Saya ingin memberi amaran kepada Maria Chin dan kawan-kawannya supaya menghormati undang-undang negara kita kerana kita berada di dalam negara yang aman damai, semua orang boleh shopping, semua orang boleh ke kedai mamak.

 

“Tetapi dengan adanya binatang-binatang sarkas ini, keamanan negara kita akan terancam,”katanya ketika di temui selepas membuat laporan polis ke atas penganjuran Bersih 5 yang bakal diadakan November ini.

 

Ekoran daripada itu, pihaknya akan membuat serangan balas sekiranya penganjuran perhimpunan itu di teruskan pada hari dan waktu yang sama Bersih 5 diadakan.

 

“Dan kami akan bertindak balas seperti amaran-amaran kami, pada tarikh dan waktu serta tempat yang sama termasuk di setiap roadshow mereka kami akan berhadapan dengan mereka.

 

“Tarikh yang mereka umumkan untuk perhimpunan itu adalah untuk perhimpunan haram dan roadshow mereka itu juga adalah haram,”ujarnya.

 

Tambahnya, beliau sanggup mengambil risiko dalam menentang Bersih walau apa pun yang terjadi.

 

“Jadi kalau mereka buat perkara yang haram kami akan tentang mereka habis-habisan walau apa pun yang berlaku sama sekali,” katanya.

 

Namun begitu, sekiranya penganjuran Bersih 5 ini dilakukan mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pihaknya tidak ada masalah untuk membiarkan perhimpunan ini diadakan.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.