Tipu Nama Pemilik Buat Kad Kredit, Lesapkan RM7,000

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dakwa ditipu seorang lelaki Cina yang membuat pemalsuan kad kredit menggunakan namanya.

 

Menurut wanita yang bernama Roslizawati Saad, dia menyedari perkara itu selepas menerima mesej daripada bank RHB pada 23 Ogos lalu, pada jam 10.13 pagi.

 

“Saya terima msg dari nombor 011-31098229. Mesej yang saya terima tertera ‘RM0.00 RHB: MYR 3998.00 was charged on your card num97 at POH KONG-AMPANG TESCO on 18/08.Call 03-21683627 if you did NOT perform this transaction.’

 

“Saya yang tak ada credit card RHB terus terperanjat dan memanggil nombor yang diberikan. Telefon saya dijawab oleh seorang lelaki cina yang menggunakan nama Jack Tan.

 

“Kad yang bernombor 4570 6600 0122 2397 saya di mohon pada 30 Jun 2016 di Tropicana City Mall, dan jumlah yang dibelanjakan total RM7,428.90,”katanya.

 

Tambahnya, dia memberitahu akan segera ke balai polis bagi membuat laporan tentang pemalsuan kad kredit tersebut.

 

“Saya memberitahu dia yang saya ingin segera ke balai polis dan dia memberitahu saya kes fraud kad kredit sangat serius di Malaysia sehingga kerajaan mewujudkan satu badan untuk menangani kes pemalsuan kad kredit. Dia meminta saya menelefon bank negara bahagian pemalsuan kad kredit di nombor berikut.

 
“Apa yang membuatkan saya muskyil, bila saya memberitahu saya ingin membuat laporan polis dahulu. Dia berkeras menyuruh saya menelefon bank negara di nombor yang diberikan terlebih dahulu. Dan mengatakan ini bukan criminal.
Saya mengiyakan dan terus google nombor bank negara. No sebenar bank negara ialah 1300885465.

 

 

“Saya dimaklumkan oleh bank negara sms yang saya terima bukan daripada RHB Bank. Dan dah ramai yang terkena. Pegawai bank negara beritahu saya, nasib baik saya google dan cek nombor bank negara sebenar. Beliau juga memberikan saya no RHB Bank yang sebenar kepada saya 03 9206 8118.

 

 

“Saya menelefon RHB Bank dan diberitahu ramai yang terkena. Jumlah yang sama, no credit card yang sama dan digunakan di poh kong tesco ampang juga. Kes ini bermula sejak sebelum raya 2016. Jika orang yang menerima sms menelefon no bank negara yang diberikan dan memberi maklumat kad kredit/debit lain. Semua duit lesap,”katanya.

 

Wanita tersebut meminta supaya orang ramai berhati-hati dan mengirimkan pesanan tersebut.

 

 

“Tolong VIRALKAN mesej ini. Pihak bank sendiri beritahu kes ini masih dalam siasatan tetapi ramai yang terkena. Duit lesap dan kad credit disalahguna,”akhirinya.

 

 

SuaraTV masih mendapatkan maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Ampang mengenai kejadian tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.