Tersalah Tekan Butang Amaran, Pesawat Disangka Dirampas

MANILA – Seorang juruterbang pesawat Saudi Arabia tersilap menekan butang amaran pesawat, telah menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku rampasan pesawat dan ancaman keselamatan di Lapangan Terbang Manila, Filipina hari ini.

 

Susulan itu, polis dan pihak keselamatan lapangan terbang bertindak mengepung pesawat terbabit sejurus mendarat dan menara kawalan melaporkan terdapat ancaman terhadap pesawat itu.

 

 

 

Malah, penumpang juga terpaksa berada di dalam pesawat lebih dua jam, namun dibenarkan keluarkan selepas disahkan tiada sebarang ancaman.

 

 

Bagaimanapun, Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde berkata, situasi tersebut kembali normal.

 

 

“Juruterbang tertekan butang lampu kecemasan secara tidak sengaja,” katanya.

 

 

Terdahulu, pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Jeddah, Arab Saudi sebelum mendarat di ibu negara Filipina itu.

 

 

Panggilan amaran itu telah menyebabkan kawalan trafik udara itu diletakkan di bawah kawalan ancaman.

 

 

Pesawat yang diasingkan atas faktor keselamatan itu juga menurunkan penumpang di satu lokasi lain di kawasan lapangan terbang berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.