‘Pemandu Hantu’ Ganggu Pengguna Uber China

Jika di Malaysia, isu perkhidmatan GrabCar dan Uber dipalit krisis dengan pengusaha teksi, tetapi lain pula yang berlaku di China.

 

Terbaharu, kecohan berlaku apabila kisah ghost cabs atau teksi hantu, yang membabitkan perkhidmatan Uber berasa hairan apabila pemandu terbabit tidak hadir untuk menjemput mereka malah tidak cuba menghubungi mereka semula, walaupun pada awalnya menunjukkan tanda terima.

 

CCTV News melaporkan, pengguna juga agak pelik apabila tempahan mereka diterima oleh pemandu dengan ‘rupa yang menyeramkan dan rating yang tidak memuaskan’.

 

Lebih menghairankan, pemandu-pemandu berkenaan juga akan memulakan caj perjalanan, walaupun belum tiba untuk menjemput pengguna yang membuat tempahan.

 

Ada pihak mengandaikan bahawa situasi tersebut dirancang oleh sesetengah pemandu yang mahu mendapatkan bonus daripada Uber, menggunakan sejenis program tidak diperakui.

 
Susulan itu, ramai pihak mencadangkan agar pihak berkuasa mewujudkan satu sistem lebih teratur, di mana semua pendaftaran sistem aplikasi di China perlu menggunakan nama sebenar, untuk mengelakkan sebarang penipuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.